NOTA REKA CIPTA

PENGHASILAN IDEA

Proses penghasilan idea bukanlah proses yang mudah kerana ia memerlukan daya kretiviti pencipta disamping keinginan yang tinggi untuk menghasilkan reka ciptaan yang terbaik. Walaubagaimanpun, sekiranya kita tidak dianugerahkan daya kretiviti tersebut, senarai semak (checklist) di bawah ini diharap dapat membimbing kita menjana idea yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Satu senarai (Check List) telah dimajukan oleh Alex F. Osborn (Dalam “Applied Imagination” Charles Scribner 1953) sebagai prosedur untuk menggalakkan perkembangan imaginasi. Senarai tersebut sebenarnya ialah satu senarai bagaimana berbagai idea boleh diperkembangkan.

  1. DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN LAIN?
  • Boleh atau tidak prosedur atau bahan yang ada sekarang digunakan untuk tujuan lain – sama ada dalam bentuk yang sedia ada atau selepas di modifikasi?
  • Apa kegunaan lain jika idea itu dimodifikasi?
  • Bolehkah ianya membuat fungsi lain selain dari fungsi yang asalnya?
  • (Cth: tayar spare mudah simpan mula sekali digunakan pada kapal terbang)
  1. DISESUAIKAN (ADAPT)?
  • Adkah produk lain, sama ada buatan manusia atau dari alam semulajadi, yang lebih kurang sama yang dijangka akan berjaya digunakan untuk penyelesaian masalah tersebut?
  • Bolehkah ia dipersamakan dengan produk lain?
  • Adakah apa-apa dalam stok atau simpanan, lebihan yang boleh digunakan?
  • Contoh: – Dengan cara menggam serpihan-serpihan kayu – yang dahulu biasanya hasil buangan dari kilang papan, kini banyak syarikat telah berjaya mengeluarkan papan chipboard yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan plywood biasa.
  1. MODIFIKASI?
  • Boleh atau tidak ditukar bentuk, warna, pergerakan, bau, bunyi dan disamping memahami juga apakah kesannya sekiranya modifikasi tersebut dibuat?
  • Pengolahan baru hiasan renda,pertukaran bentuk, teknologi – deskripsi, berat, bunyi, bentuk atau kontur?
  • Contoh:- Pertukaran bentuk otomobil setiap tahun berdasarkan kepada kriteria yang ditentukan oleh citarasa pengguna yang sentiasa bertukar-tukar
  1. DIPERBESARKAN?
  • Apa kata jika dibuat lebih kukuh, tinggi, laju, frekuensi yang lebih tinggi, mempunyai nilai tambah, dibuat dengan kuantiti yang lebih banyak, diperbesar-besarkan?
  • Dibuat lebih besar, lebih panjang, lebar, berat dan lebih tahan.
  • Contoh:- Stratergi pemasaran menggunakan slogan saiz ekonomi raksaksa.
  1. DIKECILKAN?
  • Bertentangan dengan cara pembesaran, diperkecilkan sehinggakan sampai ketahap membuangnya sama sekali?
  • Buatkan supaya ianya lebih kecil, pendek, tipis, ringan, buang sesuatu, ‘miniturise’.
  • Contoh:- Pengenalan suis-mikro berjaya menghasilkan satu industri pembuatan yang besar.
  1. DIGANTIKAN?
  • Gantikan orang dan barang – kemahiran, bahan mentah, proses pembuatan, sumber kuasa, lokasi atau kaedah perlaksanaan.
  • Apakah yang boleh menggantikannya dengan:
    • plastic menggantikan besi,
    • logam menggantikan plastic,
    • cerah menggantikan yang gelap,
    • berpenjuru lebih bebulat menggantikan bucu yang bersegi.
  • Apakah proses, prinsip, teori atau kaedah lain yang boleh digunakan?
  • Contoh:- Penggunaan panel instrument kereta yang diperbuat dari plastic berjaya mengurangkan kos pembuatan serta menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan penggunaan logam yang disadur.
  1. DITUKAR SUSUNAN?
  • Komponen ditukar ganti, ditukar urutan, dicampur aduk antara kesan dan punca.
  • Cuba tukar rentetan, pertukaran antara kompenen, dicantum cara berlainan, bertukar tempat.
  • Contoh:- Kereta yang mempunyai enjin belakang – walkswagon. Kereta pemacu tayar depan yang mempunyai enjin melintang.
  1. DITERBALIKKAN?
  • Boleh atau tidak mesin tersebut bergerak ke belakang, diterbalikkan dari atas ke bawah, berhentikan bahagian yang bergerak, dan menggerakkan bahagian yang terlekat.
  • Cuba putaran yang baru: berlawan, diterbalikkan, datang dari arah putaran keliling, penyusunan semula, corak yang berlawanan, rentetan yang berlawanan.
  • Contoh klasik ialah pancing kail ‘spinning reel’ adalah disebalik rekaan kail ‘bait-casting reel’.
  1. MENCANTUM?
  • Bagaimanakah cara bagi produk atau bahan dapat dicantumkan bersama?
  • Mengambil ciri-ciri yang terbaik dari produk-produk tersebut dan mencantumkannya menjadi satu produk baru.
  • Mencantum idea, prinsip, kaedah, kumpulan, komponen, alat dan isu.
  1. APAKAH YANG TIDAK BETUL DENGANNYA?
  • Buat satu senarai mengenai apa yang anda rasakan tidak betul dengan rekaan produk yang ada, idea atau tugasan.
  • Contoh:- penutup botol jenis pusingan menggantikan penutup jenis tuas.
  1. BAGAIMANAKAH IA BOLEH DIPERBAIKI?
  • Dengan tidak menghiraukan kiraan fisibiliti, senaraikan semua cara bagaimana anda akan cuba memperbaiki pencapaian produk, idea atau tugasan yang ada.
  • Contoh:- Dengan meletakkan ketulan ‘steel studs’ pada tayar, ia telah mampu menambahkan cengkaman tayar dilapisan ais yang licin pada permukaan jalan dimusim salji.
  1. BENTUK RUPA BARU?
  • Pertukaran warna, bentuk atau stail, garisan, penggunaan pembungkusan baru atau selongsong baru.
  • Contoh:- Telefon princess bukan sahaja mengemukakan pembungkusan yang unik malah berjaya menarik perhatian pengguna awam.
  1. BENTUK RUPA LAMA?
  • Dengan meniru corak bentuk sezaman, bentuk antik, menyerupai bentuk sesuatu produk yang pernah berjaya, memberi satu reputasi yang bermartabat tinggi dan menggunakan slogan pemasaran “mereka tidak membuatnya sebaik dahulu lagi”.
  • Contoh:- Kebanyakan rekabentuk lampu mengikuti trend ini.
  1. KESELESAAN?
  • Membuatkannya supaya lebih senang, kurang menggunakan tenaga, senang dicapai, mudah dihapuskan, lebih mudah untuk menggunakanya, lebih cepat, automatic.
  • Contoh:- Mesin pengisar elektrik, pisau, mesin pengisar sampah, mesin pembasuh dan berbagai-bagai lagi alat telah membuatkan kerja-kerja dapur lebih menyeronokkan bagi suri rumah tangga dan telah menjadi satu bahagian industry pembuatan yang begitu menguntungkan.
  1. KESELAMATAN?
  • Apakah peralatan, sifat2 bahan, suis kawalan, sensor yang boleh ditambah untuk mengelakkan kecederaan, kemalangan atau letupan?
  • Jadikannya supaya ia tidak toksik, tidak beracun, tidak mudah terbakar, tahan luntur, tahan pecah.
  • Adakah ianya lebih selamat dari produk yang dihasilkan oleh pesaing, tidak merbahaya atau tidak mudah koyak atau mencederakan?
  • Contoh:- Industri pencukur jenis elektrik dan pembuat botol plastik bagi sabun pelarut, barang-barang mandian serta pembuat bekas minyak cecair yang merbahaya menggunakan ciri-ciri keselamatan untuk mengiklankan produk mereka.

Antara contoh soalan-soalan yang boleh kita tanyakan untuk menghasilkan idea adalah seperti berikut:-

  1. Bagaimana pula dengan BENTUK dan SAIZ?
  2. Bagaimana pula jika DITERBALIKKAN, DARI DALAM KE LUAR atau DARI ATAS KE BAWAH?
  3. Apa lainnya yang IA BOLEH BUAT?
  4. Apakah yang boleh DIHAPUSKAN SAMA SEKALI?
  5. Bagaimana jika di bawa ke tahap yang paling EXTREME?
  6. Bagaimana jika SIMETRI? Atau TIDAK SAMA UKUR?
  7. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih SELAMAT?
  8. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih MURAH?
  9. MELUNCUR selain dari BERPUTAR?
  10. Boleh atau tidak ia BERGERAK? Boleh atau tidak ianya berkeadaan TETAP?
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s