TEMA RC 2014

Posted: April 22, 2013 in Uncategorized

DRAF TEMA RC SPM 2014

Panduan kepada pelajar RC – 4 UITM, di sini ada panduan isi kandungan kerja kursus yang akan anda sediakan untuk penilaian SPM 2012.
Gunakan isi kandungan ini sebagai senarai semak bagi kerja kursus anda.. Gud Luck.. ūüôā
ISI KANDUNGAN
¬ě1.0¬† Borang Pengesahan Pengemukaan
¬ě2.0¬† Maklumat Am
         Nama Calon
         Angka giliran
         No. Kad Pengenalan
         Tema
         Nama Prototaip
         Sinopsis
¬ě3.0¬† Carta Alir Kerja
¬ě4.0¬† Penghargaan
¬ě5.0¬† Pengenalan
¬ě6.0¬† Helaian
¬ě¬† ¬† ¬† ¬† ¬†Kriteria 1.1
¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† ¬† ¬† ¬† ¬†1.1.1 ‚Äď 1.1.4
         Kriteria 1.2
¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬†1.2.1 ‚Äď 1.2.4
         Kriteria 1.3
¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† ¬† ¬† ¬†1.3.1 ‚Äď 1.3.4
         Kriteria 1.4
¬†¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†1.4.1 ‚Äď 1.4.4
         Kriteria 1.5
¬† ¬† ¬† ¬†¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†1.5.1 ‚Äď 1.5.4
         Kriteria 1.6
¬† ¬†¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†1.6.1 ‚Äď 1.6.4
¬ě7.0¬† Lampiran (Lukisan CAD)
         Ortografik
         Isometrik
         Oblik
         Ceraian
         Contoh brosur dan manual penggunaan
         Contoh borang soal selidik/temubual/ dll
¬ě8.0 ¬† Rujukan / Bibliograf
¬ě9.0¬† Evidens (Semua borang soal selidik)

Kepada semua Pelajar RC 4 UiTM.

Sila siapkan tugasan anda mencari maklumat berkaitan tema pemanasan, pengeringan atau pemanasan dan ringkaskan dapatan anda mengikut contoh format dibawah. Sila bawa bahan anda pada hari khamis, 21 Julai 2011 untuk perbincangan projek kerja kursus anda.

TEMA: PENGERINGAN

PRODUK : IKAN

Proses penghasilan produk secara tradisional / proses sedia ada yang melibatkan proses pengeringan?

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ikan disiangkan, dibasuh dan ditoskan

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ikan direndam dengan larutan tertentu sepeti garam dan lain-lain

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ikan dikeringkan melalui proses pengasapan

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Ikan telah kering dan siap dijual

IDEA PROSES PENGERINGAN YANG DINOVASI:

–¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Pengeringan menggunakan alat pengeringan seperti mikrowave.

PERNYATAAN MASALAH?

* sila tuliskan pernyataan masalah dan kaitkan dengan situasi di persekitaran anda

NOTA RC : PENGHASILAN IDEA

Posted: March 26, 2011 in NOTA RC

PENGHASILAN IDEA

Proses penghasilan idea bukanlah proses yang mudah kerana ia memerlukan daya kretiviti pencipta disamping keinginan yang tinggi untuk menghasilkan reka ciptaan yang terbaik. Walaubagaimanpun, sekiranya kita tidak dianugerahkan daya kretiviti tersebut, senarai semak (checklist) di bawah ini diharap dapat membimbing kita menjana idea yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Satu senarai (Check List) telah dimajukan oleh Alex F. Osborn (Dalam ‚ÄúApplied Imagination‚ÄĚ Charles Scribner 1953) sebagai prosedur untuk menggalakkan perkembangan imaginasi. Senarai tersebut sebenarnya ialah satu senarai bagaimana berbagai idea boleh diperkembangkan.

  1. DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN LAIN?
  • Boleh atau tidak prosedur atau bahan yang ada sekarang digunakan untuk tujuan lain ‚Äď sama ada dalam bentuk yang sedia ada atau selepas di modifikasi?
  • Apa kegunaan lain jika idea itu dimodifikasi?
  • Bolehkah ianya membuat fungsi lain selain dari fungsi yang asalnya?
  • (Cth: tayar spare mudah simpan mula sekali digunakan pada kapal terbang)
  1. DISESUAIKAN (ADAPT)?
  • Adkah produk lain, sama ada buatan manusia atau dari alam semulajadi, yang lebih kurang sama yang dijangka akan berjaya digunakan untuk penyelesaian masalah tersebut?
  • Bolehkah ia dipersamakan dengan produk lain?
  • Adakah apa-apa dalam stok atau simpanan, lebihan yang boleh digunakan?
  • Contoh: ‚Äď Dengan cara menggam serpihan-serpihan kayu ‚Äď yang dahulu biasanya hasil buangan dari kilang papan, kini banyak syarikat telah berjaya mengeluarkan papan chipboard yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan plywood biasa.
  1. MODIFIKASI?
  • Boleh atau tidak ditukar bentuk, warna, pergerakan, bau, bunyi dan disamping memahami juga apakah kesannya sekiranya modifikasi tersebut dibuat?
  • Pengolahan baru hiasan renda,pertukaran bentuk, teknologi ‚Äď deskripsi, berat, bunyi, bentuk atau kontur?
  • Contoh:- Pertukaran bentuk otomobil setiap tahun berdasarkan kepada kriteria yang ditentukan oleh citarasa pengguna yang sentiasa bertukar-tukar
  1. DIPERBESARKAN?
  • Apa kata jika dibuat lebih kukuh, tinggi, laju, frekuensi yang lebih tinggi, mempunyai nilai tambah, dibuat dengan kuantiti yang lebih banyak, diperbesar-besarkan?
  • Dibuat lebih besar, lebih panjang, lebar, berat dan lebih tahan.
  • Contoh:- Stratergi pemasaran menggunakan slogan saiz ekonomi raksaksa.
  1. DIKECILKAN?
  • Bertentangan dengan cara pembesaran, diperkecilkan sehinggakan sampai ketahap membuangnya sama sekali?
  • Buatkan supaya ianya lebih kecil, pendek, tipis, ringan, buang sesuatu, ‚Äėminiturise‚Äô.
  • Contoh:- Pengenalan suis-mikro berjaya menghasilkan satu industri pembuatan yang besar.
  1. DIGANTIKAN?
  • Gantikan orang dan barang ‚Äď kemahiran, bahan mentah, proses pembuatan, sumber kuasa, lokasi atau kaedah perlaksanaan.
  • Apakah yang boleh menggantikannya dengan:
    • plastic menggantikan besi,
    • logam menggantikan plastic,
    • cerah menggantikan yang gelap,
    • berpenjuru lebih bebulat menggantikan bucu yang bersegi.
  • Apakah proses, prinsip, teori atau kaedah lain yang boleh digunakan?
  • Contoh:- Penggunaan panel instrument kereta yang diperbuat dari plastic berjaya mengurangkan kos pembuatan serta menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan penggunaan logam yang disadur.
  1. DITUKAR SUSUNAN?
  • Komponen ditukar ganti, ditukar urutan, dicampur aduk antara kesan dan punca.
  • Cuba tukar rentetan, pertukaran antara kompenen, dicantum cara berlainan, bertukar tempat.
  • Contoh:- Kereta yang mempunyai enjin belakang ‚Äď walkswagon. Kereta pemacu tayar depan yang mempunyai enjin melintang.
  1. DITERBALIKKAN?
  • Boleh atau tidak mesin tersebut bergerak ke belakang, diterbalikkan dari atas ke bawah, berhentikan bahagian yang bergerak, dan menggerakkan bahagian yang terlekat.
  • Cuba putaran yang baru: berlawan, diterbalikkan, datang dari arah putaran keliling, penyusunan semula, corak yang berlawanan, rentetan yang berlawanan.
  • Contoh klasik ialah pancing kail ‚Äėspinning reel‚Äô adalah disebalik rekaan kail ‚Äėbait-casting reel‚Äô.
  1. MENCANTUM?
  • Bagaimanakah cara bagi produk atau bahan dapat dicantumkan bersama?
  • Mengambil ciri-ciri yang terbaik dari produk-produk tersebut dan mencantumkannya menjadi satu produk baru.
  • Mencantum idea, prinsip, kaedah, kumpulan, komponen, alat dan isu.
  1. APAKAH YANG TIDAK BETUL DENGANNYA?
  • Buat satu senarai mengenai apa yang anda rasakan tidak betul dengan rekaan produk yang ada, idea atau tugasan.
  • Contoh:- penutup botol jenis pusingan menggantikan penutup jenis tuas.
  1. BAGAIMANAKAH IA BOLEH DIPERBAIKI?
  • Dengan tidak menghiraukan kiraan fisibiliti, senaraikan semua cara bagaimana anda akan cuba memperbaiki pencapaian produk, idea atau tugasan yang ada.
  • Contoh:- Dengan meletakkan ketulan ‚Äėsteel studs‚Äô pada tayar, ia telah mampu menambahkan cengkaman tayar dilapisan ais yang licin pada permukaan jalan dimusim salji.
  1. BENTUK RUPA BARU?
  • Pertukaran warna, bentuk atau stail, garisan, penggunaan pembungkusan baru atau selongsong baru.
  • Contoh:- Telefon princess bukan sahaja mengemukakan pembungkusan yang unik malah berjaya menarik perhatian pengguna awam.
  1. BENTUK RUPA LAMA?
  • Dengan meniru corak bentuk sezaman, bentuk antik, menyerupai bentuk sesuatu produk yang pernah berjaya, memberi satu reputasi yang bermartabat tinggi dan menggunakan slogan pemasaran ‚Äúmereka tidak membuatnya sebaik dahulu lagi‚ÄĚ.
  • Contoh:- Kebanyakan rekabentuk lampu mengikuti trend ini.
  1. KESELESAAN?
  • Membuatkannya supaya lebih senang, kurang menggunakan tenaga, senang dicapai, mudah dihapuskan, lebih mudah untuk menggunakanya, lebih cepat, automatic.
  • Contoh:- Mesin pengisar elektrik, pisau, mesin pengisar sampah, mesin pembasuh dan berbagai-bagai lagi alat telah membuatkan kerja-kerja dapur lebih menyeronokkan bagi suri rumah tangga dan telah menjadi satu bahagian industry pembuatan yang begitu menguntungkan.
  1. KESELAMATAN?
  • Apakah peralatan, sifat2 bahan, suis kawalan, sensor yang boleh ditambah untuk mengelakkan kecederaan, kemalangan atau letupan?
  • Jadikannya supaya ia tidak toksik, tidak beracun, tidak mudah terbakar, tahan luntur, tahan pecah.
  • Adakah ianya lebih selamat dari produk yang dihasilkan oleh pesaing, tidak merbahaya atau tidak mudah koyak atau mencederakan?
  • Contoh:- Industri pencukur jenis elektrik dan pembuat botol plastik bagi sabun pelarut, barang-barang mandian serta pembuat bekas minyak cecair yang merbahaya menggunakan ciri-ciri keselamatan untuk mengiklankan produk mereka.

Antara contoh soalan-soalan yang boleh kita tanyakan untuk menghasilkan idea adalah seperti berikut:-

  1. Bagaimana pula dengan BENTUK dan SAIZ?
  2. Bagaimana pula jika DITERBALIKKAN, DARI DALAM KE LUAR atau DARI ATAS KE BAWAH?
  3. Apa lainnya yang IA BOLEH BUAT?
  4. Apakah yang boleh DIHAPUSKAN SAMA SEKALI?
  5. Bagaimana jika di bawa ke tahap yang paling EXTREME?
  6. Bagaimana jika SIMETRI? Atau TIDAK SAMA UKUR?
  7. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih SELAMAT?
  8. Boleh atau tidak dibuat supaya lebih MURAH?
  9. MELUNCUR selain dari BERPUTAR?
  10. Boleh atau tidak ia BERGERAK? Boleh atau tidak ianya berkeadaan TETAP?

Salam semua… cuti sekolah yang lepas, dari 11 hingga 20 mac… lebih kurang 10 hari… kebanyakan guru-guru SMKJF yang komited menjalankan tugasnya mengadakan kelas tambahan bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM. So, camne rdgn subjek RC? Ade kelas gak x agak-agaknye.. ce teke? ce teke?

Hmmm… mestilah ade.. tapi bukan kelas tambahan, sebaliknya kelas membina folio RC. Melibatkans emua pelajar Tingkatan 5 UiTM yang mengambil Rc seramai 14 orang, melibatkan 2 orang guru (saya dan cikgu Asri) dan mengambil masa selama 4 hari (selasa hingga jumaat).

Minta maaf pada semua guru-guru matapelajaran lain yang buat tuisyen di waktu yang sama kerana anak-anak buah saya ramai yang tidak masuk kelas tuisyen mereka kerana saya mewajibkan mereka join kelas membuat folio RC ini kerana ini adalah sebahagian dari PBS mereka untuk SPM nanti.

Sebenarnya agak risau gak dengan prestasi sebahagian murid2 yang 14 orang ni.. ader yang bersungguh, ade yang buat ala kadar je dan ader yang tak buat lagi paper… tension gak dibuatnya..

Mereka dan dimaklumkan, pemantau akan datang pada 7 April, dah x lama lagi dah… ader la lebih kurang 2 minggu je… huhu… pening gak dibuatnya..

Ape-pun, dengan masa yang masih berbaki ini, ayuhlah anak-anak murid sekelian, bangkitlah dari lenamu, bukakan mata besar-besar, celikkan mata hatimu, luaskan kepekaan telingamu, ayuhlah bangun maju demi SPm 2011 dan masa depanmu… ingat ye…

 

 

Alhamdulillah, eye bersyukur sangat sebab dapat peluang mendapat bekalan ABM yang bernilai lebih 200k di sekolah eye.. seterusnya peluang berkursus bersama guru-guru RC seluruh zon amatlah eye hargai. memandangkan eye ni baru je setahun memegang amanah mengajar subjek RC, merangkap ketua panitia RC, makanye terlalu banyak kekurangan pengalamannya untuk mengajar RC ini.

Justeru peluang berkursus ini xkan eye sia-siakan. guru-guru kat sana semua baik2 belaka.. kak mimi, kak zue, kak mala dan kak yoe… sume2 ni mmg banyak pengalaman dan langsung tidak lokek berkongsi ilmu… tu yang bestnya…

adelak seorang otai RC ni,,, cikgu zaki dan cikgu azmi @ bang jemi… dia mmg otai yang kelakar dan tak kedekut ilmu… dia bagi je external hard disk die, copylah ape2 yang dirasakan baik dan membantu.. ada macam-macam bahan.. bank soalan, contoh2, idea2 pengajaran, bahan ABM dan lain-lain. best sgt….

dah 2 minggu kursus ni berjalan. khas untuk guru-guru dari sekolah yang terpilih saja.. Ape eye belajar ek? banyak gak r, semuanya pengetahuan baru dan pastinya menarik.. eye bersyukur sangat dapat peluang ni.. nak mengajar bebudak kat sekolah nanti pun tentunya lebih yakin dan bersemangat.

nak tau ape yang eye belajar? minggu pertama eye belajar pasal robots kit, electric and electronic kit, PLC (programable language control) dan pneumatic system.. alhamdulillah.. so far semuanya boleh di ketch up dengan baik…

Minggu ke 2, eye belajar pasal inventor autoCAD. Mujurlah eye dah ada asas yang baik dalam perisian autoCAD. jadi xde masalah r nak blajar inventor autoCAD ini. Yang pastinya, AutoCAD ni adalah software yang sangat eye minati. Jadi bila belajar inventor autoCAD ini, dan ia menjadikan kerja-kerja mendesign 3D ini semakin senang sehingga keperingkat animasi, eye rasa seronok sangat.. tak sabar nak ngajar bebudak kat sekolah nanti. klu ade cikgu-cikgu yang nak blajar pun, boleh.. eye boleh ajarkan…

pasni ada lagi 2 minggu kursus.. nantikan laporan dari eye eh.. bye-bye